Blogger Widgets

Selasa, 16 Juni 2009

Hantar Peta Laman Blog pada Enjin Carian Google



Macam biasa,setiap post saya akan membentangkan posting semacam tutorial yang mungkin menarik bagi anda dan mungkin juga tidak menarik bagi anda. gile...

Okay...kali ini saya nak share dengan pembaca semua bagaimana cara untuk menghantar(submit) peta laman(sitemap) atau setiap kandungan blog anda pada enjin carian Google(Google Search Engine). Anda mesti terfikir kan apa anvantage yang boleh dapat dengan submit sitemap kat Google ini and how it will help..

Dengan menghantar peta laman blog anda pada Google, anda boleh mengetahui setiap kerosakan pada blog anda eg. link rosak(broken link) etc..Setelah submit sitemap pada Google,dengan serta-merta Google akan menghantar konco-konconya iaitu Googlebot yang juga merangkap anak buah kesayangan Google untuk memantau blog anda dan seterusnya mengindeks setiap isi kandungan pada blog anda. Maka dengan itu,setiap kerosakan yang Googlebot temui(detect) akan dipaparkan dan anda boleh membaiki(fix) kerosakan tersebut...senyum

Dan lagi satu ialah berkaitan dengan ranking blog pada enjin carian Google..Submit sitemap pada Google membantu blog kita untuk mendapat kedudukan yang lebih baik di enjin carian Google...Maknanya akan terdapat improve blog kita untuk lebih visibility di enjin carian Google..Teknik asas SEO untuk enjin carian Google.

Langkah penghantaran blog atau laman web(website) kepada Google :nggaya:

Step 1 :
Pertama sekali yang anda perlu buat ialah lawat laman Google Webmaster Tools.
Sign in dengan menggunakan akaun Google..
Masukkan URL blog..

webmaster

Step 2 :
Sahkan site anda(verify).Terdapat dua cara verify iaitu Meta tag dan HTML file.Pilih verify menggunakan Meta tag lebih mudah..



Copy kod meta tag...



Step 3 :
Klik layout > Edit HTML dan paste kan kod meta tag seperti pada imej di bawah..



Selesai paste kod meta tag SAVE TEMPLATE kemudian klik verify pada webmaster tools(rujuk step 2)..Dalam beberapa minit blog atau website anda akan disahkan..

Step 4 :
Langkah terakhir. Hantar peta laman(submit sitemap) seperti pada imej di bawah,terdapat beberapa pilihan,terpulang kepada anda pilih yang mana satu. Anda boleh menghantar seberapa banyak sitemap yang anda inginkan..Setiap sitemap yang di hantar akan di indeks oleh Googlebot..



Done..Sekarang anda boleh lihat details sekiranya terdapat kerosakan Googlebot detect pada blog anda eg. broken link,coding etc ..
Tag : Submit Sitemap Google | Submit Sitemap Yahoo | Submit Sitemap MSN :love:

1 Comment:

Guest mengatakan...

nice..thanks for sharing..

JS-Kit Comments

Panduan Asas Blog ©Template Blogger by Dycas edit by e-pols.

TOPO